Isnin, 5 Disember 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA TAHUN 6

Bahasa Melayu Tahun 6 (Simpulan Bahasa)

Kuiz Tatabahasa

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan yang seterusnya.
  1. Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
    1.   ada angin
    2.   ada bakat
    3.   ada hati
    4.   ada sengat
  2. Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya ____________.
    1.   ambil mudah
    2.   ajak-ajak ayam
    3.   angkat bahu
    4.   alas cakap
  3. _______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.
    1.   Anak dagang
    2.   Anak jantan
    3.   Anak bulan
    4.   Anak buah
  4. Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
    1.   batu loncatan
    2.   batu api
    3.   durian runtuh
    4.   tanda mata
  5. Saya ____________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini.
    1.   berat mata
    2.   berat mulut
    3.   berat hati
    4.   berat tulang
  6. Amira bukanlah seorang murid yang sombong tetapi dia hanya _____________.
    1.   berat mulut
    2.   berat mata
    3.   berat hati
    4.   berat tulang
  7. Nizam ____________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan.
    1.   busuk hati
    2.   ada sengat
    3.   ganti tikar
    4.   buruk siku
  8. Budak yang _____________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.
    1.   curi tulang
    2.   cepat tangan
    3.   hisap darah
    4.   kepala batu
  9. Saya harap kamu berdiam diri dan tidak _______________ kerana hal ini masalah keluarga kami.
    1.   gatal tangan
    2.   hisap darah
    3.   campur tangan
    4.   lepas tangan
  10. Jawatan sebagai pengerusi sudah pasti _____________ Datuk Isa kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu bertanding untuk merebut jawatan itu.
    1.   bekas tangan
    2.   dalam tangan
    3.   tangan kanan
    4.   tangan terbuka
  11. Sharruna berasa ____________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung.
    1.   berat hati
    2.   sampai hati
    3.   tawar hati
    4.   jauh hati
  12. Budak lelaki itu _____________ sebab perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.
    1.   ringan kepala
    2.   kepala angin
    3.   keras kepala
    4.   kepala batu
  13. Kami sanggup mempertahankan ____________ daripada dijajah semula oleh bangsa asing.
    1.   ibu ayam
    2.   ibu keladi
    3.   ibu pertiwi
    4.   ibu kandung
  14. Warden itu ____________ apabila da pelajar-pelajar yang tidak menutup lampu pada pukul 11.00 malam.
    1.   naik darah
    2.   hisap darah
    3.   darah daging
    4.   darah muda
  15. Untuk ___________ bapanya, Azhar membelikannya sebuah televisyen.
    1.   sejuk hati
    2.   ambil hati
    3.   putih hati
    4.   teguh hati
  16. Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada _____________ itu.
    1.   ikan darat
    2.   ulat darat
    3.   lintah darat
    4.   pacat darat
  17. Perniagaannya _____________ kerana kesan kegawatan ekonomi yang telah melanda negara.
    1.   mengadu untung
    2.   harga mati
    3.   gulung tikar
    4.   mata duitan
  18. Saya mahu bukti _____________ sebelumkamu menggeledah rumah saya.
    1.   hitam putih
    2.   bendera putih
    3.   putih mata
    4.   putih hati
  19. Izzat dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia ____________.
    1.   tidur-tidur itik
    2.   tidur-tidur ayam
    3.   telinga kuali
    4.   telinga nipis
  20. Anuar akan mencari kerja di ibu kota. Kalau _______________ dapatlah dia hidup senang.
    1.   untung sabut
    2.   mengadu untung
    3.   durian runtuh
    4.   dapat terpijak

SEMBANG-SEMBANG

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

Simpulan Bahasa - Tahun 3

Bahasa Melayu

Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.
  1. Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
    1.   buah mulut
    2.   makan hati
    3.   pasang telinga
    4.   ringan tulang
  2. Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................
    1.   makan hati
    2.   ringan tulang
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  3. Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   ringan tulang
  4. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................
    1.   ringan tulang
    2.   jalan buntu
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  5. Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   jalan buntu
  6. ................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
    1.   Buah tangan
    2.   Buah fikiran
    3.   Buah hati
    4.   Buah mulut
  7. Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................
    1.   ada hati
    2.   sakit hati
    3.   murah hati
    4.   ringan tangan
  8. Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
    1.   dalam tangan
    2.   buah tangan
    3.   terang hati
    4.   besar hati
  9. Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.
    1.   mencari akal
    2.   mengambil hati
    3.   memberi peluang
    4.   mengatur langkah
  10. Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.
    1.   hati batu
    2.   ada angin
    3.   berat hati
    4.   naik darah
  11. Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................
    1.   tangkai jering
    2.   ringan tulang
    3.   makan hati
    4.   berat hati
  12. Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.
    1.   ada hati
    2.   terang hati
    3.   buah fikiran
    4.   buah tangan
  13. Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.
    1.   berat mata
    2.   buruk siku
    3.   curi tulang
    4.   mulut murai
  14. Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.
    1.   anak angkat
    2.   buah hati
    3.   anak gahara
    4.   isi hati
  15. Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.
    1.   cari akal
    2.   kaki rambu
    3.   kering darah
    4.   tawar hati