Isnin, 5 Disember 2011

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

Simpulan Bahasa - Tahun 3

Bahasa Melayu

Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.
  1. Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
    1.   buah mulut
    2.   makan hati
    3.   pasang telinga
    4.   ringan tulang
  2. Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................
    1.   makan hati
    2.   ringan tulang
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  3. Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   ringan tulang
  4. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................
    1.   ringan tulang
    2.   jalan buntu
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  5. Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   jalan buntu
  6. ................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
    1.   Buah tangan
    2.   Buah fikiran
    3.   Buah hati
    4.   Buah mulut
  7. Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................
    1.   ada hati
    2.   sakit hati
    3.   murah hati
    4.   ringan tangan
  8. Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
    1.   dalam tangan
    2.   buah tangan
    3.   terang hati
    4.   besar hati
  9. Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.
    1.   mencari akal
    2.   mengambil hati
    3.   memberi peluang
    4.   mengatur langkah
  10. Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.
    1.   hati batu
    2.   ada angin
    3.   berat hati
    4.   naik darah
  11. Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................
    1.   tangkai jering
    2.   ringan tulang
    3.   makan hati
    4.   berat hati
  12. Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.
    1.   ada hati
    2.   terang hati
    3.   buah fikiran
    4.   buah tangan
  13. Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.
    1.   berat mata
    2.   buruk siku
    3.   curi tulang
    4.   mulut murai
  14. Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.
    1.   anak angkat
    2.   buah hati
    3.   anak gahara
    4.   isi hati
  15. Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.
    1.   cari akal
    2.   kaki rambu
    3.   kering darah
    4.   tawar hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan