Sabtu, 31 Disember 2011

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (PPG-PJJ)
TARIKH PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2011/2012

14/01/2012
SABTU
9.00 A.M

KPF3012
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR
15/01/2012
AHAD
9.00 A.M

KRT3013
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

2.30 P.M

KRB3033
PENGANTAR BAHASA MELAYU











Sabtu, 10 Disember 2011

CERITA PERIBAHASA

PEPATAH

PERIBAHASA PEPATAH

Biar putih tulang, jangan putih mata
Makna:lebih baik mati daripada menanggung malu

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Makna:hendaklah kita menurut adat dan aturan yang tempat kita diami

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Makna:selalu waspada dan hati-hati

Diluar bagai madu, di dalam bagai hempedu
Makna:lahirnya baik, batinnya jahat

Kalah jadi abu, menang jadi arang
Makna:kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Makna:ingin mendapat sebanyak-banyaknya; berbesar hati

Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
Makna:orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan

Lembu punya susu, sapi dapat nama
Makna:orang lain yang berusaha, orang lain yang dapat pujian

Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih
Makna:mencela orang tapi diri sendiri yang lebih buruk lagi

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Makna:terhindar daripada suatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lebih teruk pula

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Makna:tiap-tiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan sendiri

PERUMPAMAAN

Perumpamaan

1. Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
3. Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.

Perumpamaan - Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh- bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang- kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu -perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging- sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar- melepaskan pucuk masing-masing
Bagai itik pulang petang- berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku- persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit- orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga -membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Bagai menatang minyak yang penuh-mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang

Bagai mencencang air- membuat pekerjaan yang sia-sia
Bagai mural tercabut ekor- seseorang yang becok mulutnya
Bagai si kudung mendapat cincin-orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata-pasangan yang sama padan dan sama cantik
Bagai tikus membaiki labu- merosakkan lagi barang yang dibaikinya
Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk-kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin
Seperti anak ayam kehilangan ibu berpecah- dan hilang tempat bergantung
Seperti anjing dengan kucing- adik-beradik yang suka bergaduh
Seperti anjing dengan bayang-bayang-orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada

Seperti api dalam sekam dendam- perbuatan jahat yang tersembunyi
Seperti ayam berak kapur- muka pucat dan tidak bermaya
Seperti bertih digoreng- bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti

Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang- selalu gelisah
Seperti embun di hujung rumput - kasih sayang yang tidak berkekalan
Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka-seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak

Seperti harimau menyembunyikan kukunya-menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya

Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi - memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

Seperti katak di bawah tempurung - orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar

Seperti kera kena belacan - tidak suka duduk diam
Seperti kera mendapat bunga- seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

Seperti kerbau dicucuk hidung -seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa

Seperti langit dengan bumi - perbezaan yang amat ketara
Seperti mengajar itik berenang - mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita

Seperti pahat dengan penukul - orang yang hanya bekerja apabila diperintah
Seperti pungguk rindu akan bulan - mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh

Seperti rusa masuk ke kampung -berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru

Seperti tikus jatuh di beras -memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka

Seperti ular kena palu - jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

PERIBAHASA

Isnin, 5 Disember 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA TAHUN 6

Bahasa Melayu Tahun 6 (Simpulan Bahasa)

Kuiz Tatabahasa

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah anda akan diberi panduan. Jika betul, teruskan dengan latihan yang seterusnya.
  1. Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
    1.   ada angin
    2.   ada bakat
    3.   ada hati
    4.   ada sengat
  2. Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya ____________.
    1.   ambil mudah
    2.   ajak-ajak ayam
    3.   angkat bahu
    4.   alas cakap
  3. _______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu hadapan.
    1.   Anak dagang
    2.   Anak jantan
    3.   Anak bulan
    4.   Anak buah
  4. Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
    1.   batu loncatan
    2.   batu api
    3.   durian runtuh
    4.   tanda mata
  5. Saya ____________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini.
    1.   berat mata
    2.   berat mulut
    3.   berat hati
    4.   berat tulang
  6. Amira bukanlah seorang murid yang sombong tetapi dia hanya _____________.
    1.   berat mulut
    2.   berat mata
    3.   berat hati
    4.   berat tulang
  7. Nizam ____________ kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang diberikan.
    1.   busuk hati
    2.   ada sengat
    3.   ganti tikar
    4.   buruk siku
  8. Budak yang _____________ itu telah ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya.
    1.   curi tulang
    2.   cepat tangan
    3.   hisap darah
    4.   kepala batu
  9. Saya harap kamu berdiam diri dan tidak _______________ kerana hal ini masalah keluarga kami.
    1.   gatal tangan
    2.   hisap darah
    3.   campur tangan
    4.   lepas tangan
  10. Jawatan sebagai pengerusi sudah pasti _____________ Datuk Isa kerana tidak ada sesiapa pun yang mahu bertanding untuk merebut jawatan itu.
    1.   bekas tangan
    2.   dalam tangan
    3.   tangan kanan
    4.   tangan terbuka
  11. Sharruna berasa ____________ kerana pendapat dan cadangannya tidak dipertimbangkan langsung.
    1.   berat hati
    2.   sampai hati
    3.   tawar hati
    4.   jauh hati
  12. Budak lelaki itu _____________ sebab perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.
    1.   ringan kepala
    2.   kepala angin
    3.   keras kepala
    4.   kepala batu
  13. Kami sanggup mempertahankan ____________ daripada dijajah semula oleh bangsa asing.
    1.   ibu ayam
    2.   ibu keladi
    3.   ibu pertiwi
    4.   ibu kandung
  14. Warden itu ____________ apabila da pelajar-pelajar yang tidak menutup lampu pada pukul 11.00 malam.
    1.   naik darah
    2.   hisap darah
    3.   darah daging
    4.   darah muda
  15. Untuk ___________ bapanya, Azhar membelikannya sebuah televisyen.
    1.   sejuk hati
    2.   ambil hati
    3.   putih hati
    4.   teguh hati
  16. Saya sungguh menyesal kerana telah meminjam wang daripada _____________ itu.
    1.   ikan darat
    2.   ulat darat
    3.   lintah darat
    4.   pacat darat
  17. Perniagaannya _____________ kerana kesan kegawatan ekonomi yang telah melanda negara.
    1.   mengadu untung
    2.   harga mati
    3.   gulung tikar
    4.   mata duitan
  18. Saya mahu bukti _____________ sebelumkamu menggeledah rumah saya.
    1.   hitam putih
    2.   bendera putih
    3.   putih mata
    4.   putih hati
  19. Izzat dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana pada ketika itu dia ____________.
    1.   tidur-tidur itik
    2.   tidur-tidur ayam
    3.   telinga kuali
    4.   telinga nipis
  20. Anuar akan mencari kerja di ibu kota. Kalau _______________ dapatlah dia hidup senang.
    1.   untung sabut
    2.   mengadu untung
    3.   durian runtuh
    4.   dapat terpijak

SEMBANG-SEMBANG

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

Simpulan Bahasa - Tahun 3

Bahasa Melayu

Baca, fahamkan dan klik pada jawapan yang betul.
  1. Berita kehilangan Balkis menjadi ............... orang kampung
    1.   buah mulut
    2.   makan hati
    3.   pasang telinga
    4.   ringan tulang
  2. Hashimi disukai oleh kawan-kawannya kerana dia ................
    1.   makan hati
    2.   ringan tulang
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  3. Kamariah ................ di belakang pintu untuk mendengar perbualan orang tuanya.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   ringan tulang
  4. Perbincangan untuk menyelesaikan masalah syarikat menemukan ...............................
    1.   ringan tulang
    2.   jalan buntu
    3.   pasang telinga
    4.   buah mulut
  5. Puan Sarimah ................. dengan sikap anaknya yang tidak mendengar kata itu.
    1.   pasang telinga
    2.   buah mulut
    3.   makan hati
    4.   jalan buntu
  6. ................... yang dikemukakan oleh Puan Mariah akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
    1.   Buah tangan
    2.   Buah fikiran
    3.   Buah hati
    4.   Buah mulut
  7. Tuan Abdul disayangi oleh para pekerjanya kerana dia .......................
    1.   ada hati
    2.   sakit hati
    3.   murah hati
    4.   ringan tangan
  8. Azami percaya bahawa kejayaan pasti ............. kerana dia sudah berusaha bersungguh-sungguh.
    1.   dalam tangan
    2.   buah tangan
    3.   terang hati
    4.   besar hati
  9. Fakri ................ supaya ayahnya membelikannya kereta kawalan jauh.
    1.   mencari akal
    2.   mengambil hati
    3.   memberi peluang
    4.   mengatur langkah
  10. Fakhrul .................. apabila melihat kotak mainannya diselongkar oleh adiknya.
    1.   hati batu
    2.   ada angin
    3.   berat hati
    4.   naik darah
  11. Rumah Mak Hani tidak dikunjungi kanak-kanak kerana dia ..................
    1.   tangkai jering
    2.   ringan tulang
    3.   makan hati
    4.   berat hati
  12. Mohd Saiful membawa ...................... semasa melawat kawannya di hospital.
    1.   ada hati
    2.   terang hati
    3.   buah fikiran
    4.   buah tangan
  13. Sikap Arif yang suka ............ menyebabkan dia dibuang kerja.
    1.   berat mata
    2.   buruk siku
    3.   curi tulang
    4.   mulut murai
  14. Aliza .............. kepada Pak Amat dan Mak Jah.
    1.   anak angkat
    2.   buah hati
    3.   anak gahara
    4.   isi hati
  15. Ravi .................. apabila melihat bayangan yang menyeramkan itu muncul di kaca televisyen.
    1.   cari akal
    2.   kaki rambu
    3.   kering darah
    4.   tawar hati